Sunday, December 28, 2008

NISA` INDOOR GAMES PAHANG









28 Dis 2008 - Ahad

Bertempat di bangunan Malay Town kawasan beli belah baru PUTRA SQUARE Kuantan....

Tahniah dan syabas adalah ucapan verbal yang tepat dan cocok diberikan kepada NISA` Pahang atas kejayaan dan kelancaran program peringkat negeri yang diambil tanggungjawap oleh semua NISA` kawasan dalam menjayakan sukan dalaman tradisional melayu.

Penyertaan seramai 300 orang dari pelbagai usia dan gender telah memeriahkan suasana baru premis beli belah berkenaan yang mana sekaligus telah menarik hampir 1000 orang pengunjung menyaksikan acara sukan dalaman berkenaan.

Ucapan perasmian penuh dengan kiriman terima kasih tidak terhingga hampir tidak lekang dari bibir Ketua Nisa`Kebangsaan Pn. Mastura Mohamad membuktikan komitment yang diberikan oleh semua ahli Nisa` kawasan adalah kunci kelancaran dan kejayaan program berkenaan.

Sunday, December 7, 2008

KEM MOTIVASI SOLAT

25 Nov. 2008 - Selasa

Tepat jam 8.00 pagi, dengan penyertaan melebihi 35 orang,AJK Surau Sepekan Jaya dan NISA Pekan telah berjaya melaksanakan program terancang iaitu kem motivasi solat bagi remaja perempuan sekitar 9 - 13 tahun.

Slot pengisian yang dimulakan dengan tazkirah dari Ketua NISA` Pekan yang menyentuh akan kepentingan solat dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustazah Rozana yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Pekan berjaya menyelesaikan kem tersebut dengan jayanya.

Latihan amali bagi kaedah mengambil wuduk yang sempurna serta sembahyang yang baik telah berjaya menarik penglibatan peserta secara maksima dalam usaha mendapatkan keredhaan ALLAH pada amalan atau ibadat yang sempurna.

Nisa Pekan berharap agar di masa hadapan program seperti ini dapat diteruskan dan telah merangkakan akan membuat program yang lebih menyeluruh dengan kerjasama PAS Kawasan dan DPP Kawasan Pekan.




*Maaf,tiada visual dapat dilampirkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan...

Sunday, October 19, 2008

RINGAN SAMA DIJINJING BERAT SAMA DIPIKUL





Tahniah … itulah ucapan tepat yang dipanjangkan kepada Dewan Pemuda PAS Pekan atas kejayaan melaksanakan suatu program besar peringkat Negeri Pahang iaitu pertandingan ilmiah sempena ihtifal PASTI peringkat negeri kali ke 3 tahun 2008.

Tugas yang amat berat dengan kekuatan tenaga kerja atau petugas yang berada pada tahap yang cukup ` ciput `namun tetap berjaya melaksanakannya walaupun terdapat `ciput` kelemahan. Perkara yang agak biasa dalam menjayakan program besar tanpa tenaga kerja yang cukup. Tahniah sekali lagi.

Nisa` Pekan amat berbangga kerana dapat membantu menjayakan program tersebut dan ianya dilihat sebagai suatu pengalaman yang cukup berguna bagi Nisa` Pekan dalam merangka dan merancang aktiviti Nisa` pada masa akan datang.

Program yang disertai oleh 8 PASTI Kawasan seluruh Pahang, telah memeriahkan suasana program pada 18 November 2008 lalu. Kategori acara yang pelbagai telah menarik ramai pengunjung yang turut disokong oleh ibu bapa pelajar yang hadir.

Pihak Nisa` Pekan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda Pekan atas peluang yang diberikan dalam mempelbagaikan sumbangan dan aktiviti Nisa` Pekan. Kerjasama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang..

Thursday, October 9, 2008

SIAPAKAH WANITA SOLEHAH?

Wanita yg suci zahir dan batin.Darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda2 haram.Batinya bersih dari kotoran kejiwaan,sebab selalu dicuci dgn RINSO SAMAWI(WAHYU)Dalam Alquran perkataan solehah selalu dirangkai dgn kata Amal.Amal pasti disebut setelah kata Iman.Amal soleh mesti bersandarkan ilmu dan iman.yg datang dari Allah.Wanita solehah ialah wanita yg dapat meraih kedudukan sebagai kesenangan dunia paling indah menurut kriteria Allah dan Rasul.Wanita solehah adalah wanita suci yg benar2 mencintai ALLAH DAN RASUINYA dan mencintai semua pecinta2 Allah .dan Allah pun mencintai nya.Alla tidak mungkin mencintai wanita2 yg tidak suci .Wanita2 yg jahat adalah wanita2 ahli neraka yg menghambur2kan bencana dan malapetaka didunia ini.Rasulullah SAW bersabda setelah ketiadaanku ,tiadalah aku tinggalkan fitnah yg paling merbahaya bagi lelaki melebihi fitnahnya wanita.Rasullah SAW bersabda takutlah kamu semua dgn fitnah dunia dan fitnah wanita.sesungguhnya permulaan fitnah terhadap Bani Israel terjadi dari arah wanita.(Muslim)Rasullah bersabda sesungguhnya wanita itu bila menghadapinya berupa syaitan ,dan bila membelakanginya juga nampak spt syaitan ,jika kamu tergoda dgn kecantikan wanita hendaklah kamu mendatangi isterimu agar nafsumu dapat disalurkan.Rasulullah bersabda.Tidaklah yg menghormati wanita kecuali org yg mulia ,dan tidaklah yg menghinakan wanita kecuali org yg hina pula.Kata hikmah .Wanita itu tiang negara .Bila ia baik ,maka baiklah negara itu,tapi bila ia rosak maka rosaklah negara.Rasulullah bersabda.Dua macam ahli neraka yg belum aku lihat.1.kaum yg memegang pecut bagaikan ekor lembu ,digunakan utk memukul orang.2.Wanita yg tidak berjilbab ,suka merayu dan dirayu,berlenggang lenggok dgn genitnya ,rambutnya (sanggulnya)bagaikan belakang unta yg miring letaknya,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium baunya ,sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak perjalanan yg amat jauh.Begitulah gambaran dan bentuk siksaan wanita yg melupakan kewajipanya terhadap Allah.sehingga Allah pun melupai mereka .Kerana itu wahai para ibu ,sahabat2 muslimah ,mujahidah ,lengkapilah dan hiasilah diri kita semua dgn hiasan Taqwa (jilbab)kerana jilbab adalah salah satu jaminan utk menempati Taman impian JANNATUL FIRDAUS.JANGAN SAMPAI TERLAMBAT ,TEMPAH TEMPAT MULAI SEKARANG.

Saturday, October 4, 2008

WANITA SALIHAH@MUSLIMAT SALIHAH



Masalah menutup kaki tidak ada perbezaan pendapat..samada guna sarung kaki atau memanjangkan baju sehingga tertutup mata kaki...sedutan dari bicara seorang muslimat dengan Ummu Salamah r.a.Jawapan disandar melalui sabda Rasul SAW yang bermaksud ` Apa yang sesudahnya akan menjadi pembersihnya`...itulah jawapan masalah muslimat yang bertanya akan kotor pakaiannya apabila melalui tempat berbecak........

Sandaran kuat dari surah An Nur ayat 24 - jilbab itu harus besar sehingga menutup dada.Baju kebaya moden atau konvensional walaupun telah dikancing belum lagi menepati syarat syarie` dalam tuntutan menutup aurat.Oleh itu tutuplah dengan tudung yang besar kerana rasul SAW juga turut bersabda `Orang perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, meliuk-liukkan badannya , rambutnya disasak..mereka itu tidak akan masuk syurga dan tiada bau syurga pun dihidungnya sama sekali...` di riwayat oleh Muslim.

Dengan itu,pakailah pakaian dan bergayalah dengan mengikut batasan agama yang ditutupi kepalanya dengan tudung labuh dan bukan sekadar apa yang disebut sebagai selendang..

Wassallam....

petikan buku - ciri wanita salihah terbitan dewan pustaka fajar.

Tuesday, September 30, 2008

HARI KEGEMBIRAAN


Alhamdulillah.... syawal dah muncul untuk tahun 1429 Hijriah

Setelah sebulan berada dalam maktab pendidikan rohani dan jasmani, maka tiba hari kemenangan yang pastinya semua kaum muslimin samada kecil , besar , tua , muda , miskin atau kaya yang berpuasa atau tidak akan tetap meraikannya.

Tapi apakah terkesan atau apakah impak kursus sebulan di ramadhan lalu telah berjaya mendidik kita yakni jiwa kita dalam mempertingkatkan lagi daya saing dalam beribadat kepada yang Maha Esa berbanding ramadan terdahulu.

Ramadhan baru ini kita kurang bercakap , banyak berzikir.. kita kurang tidur banyak mengaji..kita kurangkan makan kerana taat akan puasa... kita tekun berkerja kerana masa rehat tertangguh...kita banyak menangis kerana perut kosong lalu ingat akan Allah.. kita berbincang dengan kekawan dengan mengikut batasan agama ...tapi...adakah ianya boleh diteruskan di Syawal ini dan seterusnya...?

Kita ziarah keluarga...bersalam perlu dijaga.. sepupu gender berlawanan merupakan bukan mahram kita maka hati-hati...pakaian kita bersopan ikut agama bukan ikut masa...bicara berlapik dasar agama bukan ikut rasa...makan ikut masa bukan sepanjang masa dan banyak lagi batasan agama perlu dijaga setelah berkursus di bulan puasa...maka jangan siakan kursus yang dipeluangkan oleh Allah kepada kita bagi merebut syurga tawaranNYA..

Akhir kata...Siapa yang mencari reda manusia atas murka ALLAH maka dia akan ditinggalkan oleh ALLAH kepada manusia..Siapa yang mencari redha ALLAH atas kebencian manusia maka ALLAH akan mencukupkannya atas apa jua yang direzkikan padanya...

Selamat menyambut Aid Fitri maaf zahir batin atas kesilapan dan ketelanjuran tinta.NISA` Pekan mengucapkan selamat berhari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat khusus untuk warga Pekan dan umumnya seluruh pelayar blog ini....wassallam

Wednesday, September 17, 2008

Smallkindness 2008





Pada 17 Ramadhan baru-baru ini , bertempat di Surau Sepekan Jaya , pihak NISA` Kawasan Pekan telah mengadakan acara tahunan penyampaian sumbangan sempena program Small Kindness kepada remaja yang sedang menuntut di peringkat rendah hinggalah ke peringkat IPTA yang dikategorikan sebagai pelajar miskin.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil sambutan orang ramai yang telah banyak memberi sumbangan atau infaq untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Pada program ini, yang di ketuai oleh Ketua NISA` Pekan telah menyampaikan sumbangan kain pasang serta wang tunai bagi meringankan bebanan dalam persediaan menyambut hari lebaran nanti.

Pihak NISA` Pekan amat berterima kasih kepada semua individu penyumbang serta kesudian Al Fadhil Ust. Abu Kassim Manaf bagi menyampaikan sumbangan kepada remaja terbabit.

Kemeriahan majlis juga amat terasa dengan kehadiran dari pihak keluarga penerima sumbangan serta para jemputan yang dianggarkan seramai 100 orang.

Sumbangan ini juga turut dipanjangkan kepada adik OKU dari Peramu Jaya yang cukup bergembira atas sumbangan yang dihulurkan...