Sunday, February 28, 2010

EKSPO PENERANGAN PAS NEGERI

Nisa` Pekan turut mengambil peluang pada ekspo penerangan PAS negeri Pahang yang diadakan pada 26 - 28 Febuari 2010 di Markas PAS Kawasan Kerdau dalam Parlimen Kuala Krau di Temerloh.

Aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh Nisa Pekan turut disokong sepenuhnya oleh Nisa` Negeri yang menjalankan aktiviti penjualan produk kecantikan hingga ke makanan serta barangan hiasan diri.

Tuesday, February 23, 2010

MOTIVASI NUR KASIH








21 Feb 2010 - Ahad
Dengan jumlah peserta seramai 65 orang , Nisa` Pekan telah berjaya mengadakan program motivasi bersama remaja Pekan dalam usaha menarik minat para remaja perempuan menyertai Nisa` selain dari memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyampaikan maklumat serta ilmu yang kian dilupakan oleh para remaja sekarang.

Peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menengah sekitar Pekan dan juga pelajar IPTA telah berjaya memeriahkan lagi aktiviti berkala Nisa` Pekan.Slot motivasi telah disampaikan oleh seorang tenaga pengajar sekolah serta peneranganserta pendedahan tentang Nisa` diterangkan oleh salah seorang AJK Nisa` Negeri.

Pada masa yang sama pendaftaran ahli Nisa` baru telah berjaya meramaikan lagi ahli .Program ini juga diharapkan mendapat sokongan yang sama di lain lain tempat nanti.

Sunday, September 13, 2009

SALAM HARI RAYA AIDIL FITRI


Awal kalam Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Penyayang...........
Hampir tiba dah rupanya....
Sapaan shawal 1430H telah mula mengintai intai..

Diam tak diam kita semua muslimin muslimat telah berada dijuntaian akhir ramadhan..
Kaum muslimin muslimat sekalian...
Kemaafan merupakan ucapan awal kita dimalam hari raya..
Maaf dengan ibubapa , dengan suami atau isteri , dengan atuk dan nenek serta kaum keluarga yang lain.Permohonan maaf ini boleh diletakkan perkataan confirm diterima walaupun selama ini kita telah berkonfrantasi dengan mereka yang kita panjangkan permohonan kemaafan.

Tapi kita selalu lupa atau tak ingat mungkin untuk memohon kemaafan dari ALLAH. Ya, mungkin kita ada memohon atau munajat atau taubat ketika 10 malam kedua iaitu malam keampunan dari ALLAH...tapi sibukkah kita untuk sujud syukur dahulu pada malam hari raya sebagai tanda terima kasih atas amalan semasa ramadhan yang lalu...atau berdoa agar amalan kita itu ALLAH terima dengan maksimanya...teruskanlah bermunajat , teruskanlah berdoa dan teruskalah segala sunnah Rasul yang kita amalkan di ramadhan atau diluar ramadhan lalu sebagai rutin tetap kita.
ingatan untuk diriku sebenarnya.......... mantan ketua Nisa`

Monday, September 7, 2009

SMALLKINDNESS NISA` PEKAN

























6 september yang lalu, Nisa` Pekan telah berjaya bergabung tenaga dengan PAS Kawasan dalam melaksanakan aktiviti berkala dengan menyumbangkan bantuan kepada ahli Nisa` yang sedang belajar di IPTA dan juga yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Seramai 5 penerima yang difikirkan layak terdiri dari pelajar IPTA serta IPTS telah hadir untuk menerima sumbangan Nisa` berupa wang tunai dan bahan makanan dalam menghadapi suasana ramadhan ini serta meringankan perbelanjaan belajar yang mana ianya dilihat sebagai suatu bentuk sokongan kepada penerima untuk terus belajar dan memperjuangkan ISLAM sebagai amalan hidup yang paling sempurna.

Majlis yang dimulakan dengan ucapan aluan serta penerangan program dan peranan Nisa` oleh Ketua Nisa` yang baru telah dapat menarik perhatian serta penyertaan ahli baru ke dalam Nisa`.

Tahniah sekali lagi kepada Nisa` Pekan agar hajat perjuangan diredhai ALLAH.




visual tambahan akan menyusul.........













Wednesday, February 25, 2009

HARI KELUARGA MUSLIMAT PAS PEKAN






CHINI TIGA....

Muslimat PAS Pekan telah berjaya mengumpul hampir 1000 orang masyarakat CHINI pelbagai usia dan gender dengan penganjuran program yang bermatlamatkan penyatuan fikrah,akidah serta kemasyarakatan.
Dengan kerjasama penuh jawatankuasa kerja CHINI, program berkenaan berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan acara dan masa yang diperuntukkan.Majlis ini yang dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti sukan rakyat,pertandingan masakan,pameran dari ADK ,rawatan kesihatan serta pelbagai bentuk gerai jualan. Ketua NISA` Pekan juga turut mengambil bahagian dalam gerai jualan ekonomi NISA` saksikan paparan gambar pada majlis tersebut...................

Sunday, December 28, 2008

NISA` INDOOR GAMES PAHANG









28 Dis 2008 - Ahad

Bertempat di bangunan Malay Town kawasan beli belah baru PUTRA SQUARE Kuantan....

Tahniah dan syabas adalah ucapan verbal yang tepat dan cocok diberikan kepada NISA` Pahang atas kejayaan dan kelancaran program peringkat negeri yang diambil tanggungjawap oleh semua NISA` kawasan dalam menjayakan sukan dalaman tradisional melayu.

Penyertaan seramai 300 orang dari pelbagai usia dan gender telah memeriahkan suasana baru premis beli belah berkenaan yang mana sekaligus telah menarik hampir 1000 orang pengunjung menyaksikan acara sukan dalaman berkenaan.

Ucapan perasmian penuh dengan kiriman terima kasih tidak terhingga hampir tidak lekang dari bibir Ketua Nisa`Kebangsaan Pn. Mastura Mohamad membuktikan komitment yang diberikan oleh semua ahli Nisa` kawasan adalah kunci kelancaran dan kejayaan program berkenaan.

Sunday, December 7, 2008

KEM MOTIVASI SOLAT

25 Nov. 2008 - Selasa

Tepat jam 8.00 pagi, dengan penyertaan melebihi 35 orang,AJK Surau Sepekan Jaya dan NISA Pekan telah berjaya melaksanakan program terancang iaitu kem motivasi solat bagi remaja perempuan sekitar 9 - 13 tahun.

Slot pengisian yang dimulakan dengan tazkirah dari Ketua NISA` Pekan yang menyentuh akan kepentingan solat dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustazah Rozana yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Pekan berjaya menyelesaikan kem tersebut dengan jayanya.

Latihan amali bagi kaedah mengambil wuduk yang sempurna serta sembahyang yang baik telah berjaya menarik penglibatan peserta secara maksima dalam usaha mendapatkan keredhaan ALLAH pada amalan atau ibadat yang sempurna.

Nisa Pekan berharap agar di masa hadapan program seperti ini dapat diteruskan dan telah merangkakan akan membuat program yang lebih menyeluruh dengan kerjasama PAS Kawasan dan DPP Kawasan Pekan.




*Maaf,tiada visual dapat dilampirkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan...