Wednesday, September 17, 2008

Smallkindness 2008





Pada 17 Ramadhan baru-baru ini , bertempat di Surau Sepekan Jaya , pihak NISA` Kawasan Pekan telah mengadakan acara tahunan penyampaian sumbangan sempena program Small Kindness kepada remaja yang sedang menuntut di peringkat rendah hinggalah ke peringkat IPTA yang dikategorikan sebagai pelajar miskin.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil sambutan orang ramai yang telah banyak memberi sumbangan atau infaq untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Pada program ini, yang di ketuai oleh Ketua NISA` Pekan telah menyampaikan sumbangan kain pasang serta wang tunai bagi meringankan bebanan dalam persediaan menyambut hari lebaran nanti.

Pihak NISA` Pekan amat berterima kasih kepada semua individu penyumbang serta kesudian Al Fadhil Ust. Abu Kassim Manaf bagi menyampaikan sumbangan kepada remaja terbabit.

Kemeriahan majlis juga amat terasa dengan kehadiran dari pihak keluarga penerima sumbangan serta para jemputan yang dianggarkan seramai 100 orang.

Sumbangan ini juga turut dipanjangkan kepada adik OKU dari Peramu Jaya yang cukup bergembira atas sumbangan yang dihulurkan...

No comments: