Tuesday, September 30, 2008

HARI KEGEMBIRAAN


Alhamdulillah.... syawal dah muncul untuk tahun 1429 Hijriah

Setelah sebulan berada dalam maktab pendidikan rohani dan jasmani, maka tiba hari kemenangan yang pastinya semua kaum muslimin samada kecil , besar , tua , muda , miskin atau kaya yang berpuasa atau tidak akan tetap meraikannya.

Tapi apakah terkesan atau apakah impak kursus sebulan di ramadhan lalu telah berjaya mendidik kita yakni jiwa kita dalam mempertingkatkan lagi daya saing dalam beribadat kepada yang Maha Esa berbanding ramadan terdahulu.

Ramadhan baru ini kita kurang bercakap , banyak berzikir.. kita kurang tidur banyak mengaji..kita kurangkan makan kerana taat akan puasa... kita tekun berkerja kerana masa rehat tertangguh...kita banyak menangis kerana perut kosong lalu ingat akan Allah.. kita berbincang dengan kekawan dengan mengikut batasan agama ...tapi...adakah ianya boleh diteruskan di Syawal ini dan seterusnya...?

Kita ziarah keluarga...bersalam perlu dijaga.. sepupu gender berlawanan merupakan bukan mahram kita maka hati-hati...pakaian kita bersopan ikut agama bukan ikut masa...bicara berlapik dasar agama bukan ikut rasa...makan ikut masa bukan sepanjang masa dan banyak lagi batasan agama perlu dijaga setelah berkursus di bulan puasa...maka jangan siakan kursus yang dipeluangkan oleh Allah kepada kita bagi merebut syurga tawaranNYA..

Akhir kata...Siapa yang mencari reda manusia atas murka ALLAH maka dia akan ditinggalkan oleh ALLAH kepada manusia..Siapa yang mencari redha ALLAH atas kebencian manusia maka ALLAH akan mencukupkannya atas apa jua yang direzkikan padanya...

Selamat menyambut Aid Fitri maaf zahir batin atas kesilapan dan ketelanjuran tinta.NISA` Pekan mengucapkan selamat berhari raya kepada seluruh muslimin dan muslimat khusus untuk warga Pekan dan umumnya seluruh pelayar blog ini....wassallam

Wednesday, September 17, 2008

Smallkindness 2008





Pada 17 Ramadhan baru-baru ini , bertempat di Surau Sepekan Jaya , pihak NISA` Kawasan Pekan telah mengadakan acara tahunan penyampaian sumbangan sempena program Small Kindness kepada remaja yang sedang menuntut di peringkat rendah hinggalah ke peringkat IPTA yang dikategorikan sebagai pelajar miskin.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil sambutan orang ramai yang telah banyak memberi sumbangan atau infaq untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.Pada program ini, yang di ketuai oleh Ketua NISA` Pekan telah menyampaikan sumbangan kain pasang serta wang tunai bagi meringankan bebanan dalam persediaan menyambut hari lebaran nanti.

Pihak NISA` Pekan amat berterima kasih kepada semua individu penyumbang serta kesudian Al Fadhil Ust. Abu Kassim Manaf bagi menyampaikan sumbangan kepada remaja terbabit.

Kemeriahan majlis juga amat terasa dengan kehadiran dari pihak keluarga penerima sumbangan serta para jemputan yang dianggarkan seramai 100 orang.

Sumbangan ini juga turut dipanjangkan kepada adik OKU dari Peramu Jaya yang cukup bergembira atas sumbangan yang dihulurkan...