Sunday, December 28, 2008

NISA` INDOOR GAMES PAHANG









28 Dis 2008 - Ahad

Bertempat di bangunan Malay Town kawasan beli belah baru PUTRA SQUARE Kuantan....

Tahniah dan syabas adalah ucapan verbal yang tepat dan cocok diberikan kepada NISA` Pahang atas kejayaan dan kelancaran program peringkat negeri yang diambil tanggungjawap oleh semua NISA` kawasan dalam menjayakan sukan dalaman tradisional melayu.

Penyertaan seramai 300 orang dari pelbagai usia dan gender telah memeriahkan suasana baru premis beli belah berkenaan yang mana sekaligus telah menarik hampir 1000 orang pengunjung menyaksikan acara sukan dalaman berkenaan.

Ucapan perasmian penuh dengan kiriman terima kasih tidak terhingga hampir tidak lekang dari bibir Ketua Nisa`Kebangsaan Pn. Mastura Mohamad membuktikan komitment yang diberikan oleh semua ahli Nisa` kawasan adalah kunci kelancaran dan kejayaan program berkenaan.

Sunday, December 7, 2008

KEM MOTIVASI SOLAT

25 Nov. 2008 - Selasa

Tepat jam 8.00 pagi, dengan penyertaan melebihi 35 orang,AJK Surau Sepekan Jaya dan NISA Pekan telah berjaya melaksanakan program terancang iaitu kem motivasi solat bagi remaja perempuan sekitar 9 - 13 tahun.

Slot pengisian yang dimulakan dengan tazkirah dari Ketua NISA` Pekan yang menyentuh akan kepentingan solat dan diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustazah Rozana yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Pekan berjaya menyelesaikan kem tersebut dengan jayanya.

Latihan amali bagi kaedah mengambil wuduk yang sempurna serta sembahyang yang baik telah berjaya menarik penglibatan peserta secara maksima dalam usaha mendapatkan keredhaan ALLAH pada amalan atau ibadat yang sempurna.

Nisa Pekan berharap agar di masa hadapan program seperti ini dapat diteruskan dan telah merangkakan akan membuat program yang lebih menyeluruh dengan kerjasama PAS Kawasan dan DPP Kawasan Pekan.




*Maaf,tiada visual dapat dilampirkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan...